Thursday, February 24, 2011

Pembelajaran Koperatif Dan Kolaboratif

2 comments
STRATEGI KOPERATIF DAN KOLABORATIF

Secara umum, strategi koperatif dan kolaboratif memerlukan pelajar bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur.
Pembelajaran Koperatif (PK)
Banyak pendekatan pembelajaran koperatif diperkenalkan oleh beberapa tokoh terkenal seperti Kagan, Johnson & Johnson, Cooper, Graves & Graves, Millis dan Slavin. Modul ini memilih pembelajaran koperatif yang diperkenalkan oleh Kagan (1988) untuk digunakan sebagai pendekatan utama. Walau bagaimana pun, pendekatan-pendekatan oleh tokoh-tokoh yang lain juga boleh diperkenalkan. Untuk tujuan kursus, modul ini melaksanakan cadangan pendekatan pelaksanaan strategi pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah.

1
Definisi dan konsep
Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Pendekatan berstruktur (structural approach) dalam pembelajaran koperatif oleh Kagan hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara menguruskan interaksi sosial dalam bilik darjah.
Menurut Kagan (1998), dalam pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran dikatakan wujud apabila struktur koperatif yang disesuaikan dengan isi kandungan seperti yang diwakili oleh hubungan di bawah.
Struktur pembelajaran + Isi kandungan = Aktiviti.
Kagan telah menyenaraikan sekurang-kurangnya sebanyak lebih daripada 50 contoh struktur (dengan nama-nama yang tertentu) yang dapat disesuaikan dengan isi kandungan.
Struktur boleh digunakan mengikut tujuan tertentu – team building (kumpulan kecil), Classbuilding (satu kelas), Masteri, Kemahiran berfikir, Perkongsian Maklumat dan Kemahiran berkomunikasi.
Contoh dalam Rajah di bawah menunjukkan bagaimana aktiviti dibentuk apabila struktur Roundtable digabungkan dengan isi kandungan (satu senarai nombor perdana atau contoh lain seperti haiwan jinak, kata adjektif)

2
Ciri-ciri utama pembelajaran koperatif.
Banyak kajian mendapati pembelajaran koperatif mempunyai banyak kelebihan, antaranya ialah dapat meningkatkan potensi pelajar dari segi
• Pencapaian akademik
• Kepekaan positif kepada kepelbagaian
• Pemantapan kemahiran sosial
Pembelajaran Koperatif menggunakan peraturan bilik darjah yang mampu mewujudkan satu pasukan yang berkesan. Singkatan KISSES mewakili peraturan bilik darjah seperti yang diterangkan di bawah.
K Keep with the group (Sentiasa dalam pasukan)
I Include everyone (libatkan semua ahli – elakkan passenger)
S Share ideas and feelings (sedia berkongsi idea dan perasaan)
S Stay on task (Sentiasa melakukan tugasan yang diberi)
E Encourage others (Memberi galakan kepada rakan sebaya)
S Six inch Voices ( perbincangan mesra kumpulan berberdua /
berempat dalam jarak lebih kurang 6 inci.)
Konsep Utama Dalam Pembelajaran Koperatif
Terdapat enam konsep utama dalam proses pembelajaran koperatif. Konsep ini merangkumi
• Pasukan – ada visi, berstruktur untuk perkembangan minda positif,
• Kemahiran sosial
• Pengurusan (termasuk isyarat senyap)
• Prinsip PIES

4
• Keazaman / kemahuan (willingness) untuk bekerjasama
• Struktur-struktur (Kagan)
Prinsip PIES (salah satu konsep pembelajaran koperatif) ialah
• P Pergantungan positif (Positif interdependence)
• I Akauntabiliti individu (Individual accountabilitiy)
• E Penglibatan seimbang/sama (Equal participation)
• S Interaksi serentak (Simultaneous interaction)
Mengikut Kagan, tidak semua aktiviti berkumpulan boleh digolongkan sebagai pembelajaran koperatif melainkan struktur yang digunakan memenuhi keempat-empat prinsip yang tersebut di atas.
Suasana pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan melalui pembelajaran koperatif melalui
• Bilik darjah yang demokratik
• Memberi ‘Empowerment ‘ kepada pelajar
• Peranan guru sebagai fasilitator dan mentor
Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif
Terdapat pelbagai pendapat mengenai ciri-ciri pembelajaran koperatif. Slavin (1990) berpendapat, pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri berikut: ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk berjaya.
Johnson & Johnson (1994) pula menggariskan lima ciri pembelajaran koperatif. Ciri-ciri tersebut adalah matlamat kumpulan, peranan ahli, interaksi, kemahiran berkumpulan dan penilaian kumpulan.
Ganjaran kumpulan:
Pelajar akan diberikan ganjaran apabila kumpulan mereka mencapai sesuatu kriteria tertentu tanpa ada sebarang persaingan antara sesama kumpulan. Ganjaran kumpulan menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.
Tanggungjawab individu:
Tanggungjawab individu bermaksud semua ahli kumpulan bertanggungjawab menentukan kejayaan sesuatu kumpulan. Ini akan mendorong pelajar membimbing rakan-rakan sekumpulan dan semua ahli bertanggungjawab menguasai pelajaran.
Peluang yang sama untuk berjaya:
Ia merujuk kepada pencapaian pelajar diukur berdasarkan peningkatan prestasi masing-masing. Oleh itu, semua pelajar berpeluang meningkatkan pencapaian kumpulan mereka tanpa mengira tahap kebolehan masing-masing.
Matlamat kumpulan:
Pelajar mesti bekerjasama dalam satu kumpulan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Tanpa kerjasama antara ahli, sesuatu kumpulan tidak dapat mencapai matlamat tersebut.
Peranan ahli:
Ia merujuk kepada tanggungjawab individu dan kumpulan, iaitu sesebuah kumpulan bertanggungjawab mencapai matlamatnya dan setiap individu bertanggungjawab memberi sumbangan kerja yang sepatutnya.
Interaksi:
Pembelajaran koperatif seharusnya menggalakkan interaksi, sebaik-baiknya secara bersemuka. Pelajar melakukan kerja secara bersama melalui perkongsian bahan, saling tolong-menolong dan memberi galakan antara satu sama lain.
Kemahiran berkumpulan:
Pelajar perlu disediakan dengan kemahiran bersosial dan kemahiran untuk bekerja secara berkumpulan. Kedua-dua kemahiran ini perlu bagi membolehkan sesebuah kumpulan berfungsi dengan baik. Contohnya, kemahiran menguruskan sebarang konflik yang timbul di dalam kumpulan.
Penilaian kumpulan:
Dalam penilaian kumpulan, ahli kumpulan berbincang dan menganalisis setakat mana kumpulan mereka mencapai matlamat yang dikehendaki. Pelajar mengenal pasti tindakan dan tingkah laku yang perlu diperbaiki atau dihentikan.
Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif
Dalam menerangkan prinsip-prinsip pembelajaran koperatif, terdapat dua model yang boleh dijadikan rujukan. Model-model tersebut adalah model yang dihasilkan oleh Johnson & Johnson dan model Kagan. Topik ini akan menfokuskan kepada prinsip-prinsip pembelajaran koperatif mengikut model Kagan.
PIES merupakan prinsip-prinsip pembelajaran koperatif mengikut model Kagan. Apakah PIES? Klik pada setiap huruf di bawah untuk penerangan lanjut.
Positive Interdepence (Saling Kebergantungan Secara Positif):
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Saling bergantungan secara positif yang kuat di dalam sesuatu kumpulan akan menjadi motivasi kepada setiap ahli untuk berjaya.
Individual Accountability (Akauntabiliti Individu):
Bagi menilai akauntabiliti individu setiap ahli kumpulan, satu tugasan akan diberikan kepada kumpulan tersebut. Pencapaian kumpulan akan dinilai mengikut sumbangan setiap individu.

6
Setiap ahli akan menerima markah mengikut sumbangan / idea mereka.
Equal Participation (Penglibatan Sama Rata):
Penglibatan yang sama rata di antara ahli kumpulan boleh dicapai melalui pembahagian/urutan tugasan. Dengan cara ini, setiap pelajar diberi peluang untuk mengambil bahagian dan memberi idea. Cara ini menjadikan setiap pelajar bertanggungjawab dan menglibatkan mereka secara sama rata.
Structure (Struktur):
Terdapat banyak struktur dalam model Kagan dimana setiap satunya mempunyai kegunaan dan kepentingan masing-masing. Pengetahuan mengenai struktur-struktur ini dan cara pelaksanaanya memerlukan pemahaman dan latihan yang berulang-ulangan. Anda akan mempelajari mengenai struktur-struktur ini dalam mukasurat seterusnya.
Model Johnson & Johnson menggariskan 4 prinsip pembelajaran koperatif:
1. Positive Interdependence (Saling Kebergantungan Secara Positif)
Pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi cuma boleh dicapai melalui usaha, input dan sinergi orang lain.
2. Individual Accountability (Akauntabiliti Individu)
Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu.
3. Group Interaction (Interaksi Kumpulan)
Pelajar-pelajar memajukaan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, mengkongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain.
4. Social Skills (Kemahiran Sosial)
Agar pembelajaran koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran sosial kepada pelajar. Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik.
Struktur-struktur Pembelajaran Koperatif
Setiap prinsip dalam pembelajaran koperatif model Kagan boleh dicapai menerusi salah satu dari kemahiran-kemahiran di bawah:
1. Think-Pair-Share
Pelajar akan diberi satu soalan dan diberi masa untuk memikirkan jawapannya secara bersendirian untuk jangkamasa tertentu. Kemudian, secara berpasangan, mereka akan membandingkan jawapan-jawapan mereka dan mempersembahkannya di dalam kelas.
2. Round Robin
Di dalam struktur ini, setiap pelajar memberikan idea setiap kali sampai giliran mereka.
3. Persemukaan (Trade a Problem)
Di dalam struktur ini, setiap pasukan memerlukan satu set soalan yang ditulis pada kad. Sebelah depan kad yang mengandungi soalan dilabelkan sebagai “S” dan bahagian belakang kad yang mengandungi jawapan dilabelkan sebagai “J”. Ahli kumpulan A akan menayangkan “J” apabila tiada jawapan tepat yang diterima dari kumpulan B.
4. Pembahagian tugas (Assigning Roles) Di dalam struktur ini, setiap ahli diberikan peranan masing-masing, contohnya, pencatat idea, memanjangkan idea kumpulan kepada kumpulan lain dan sebagainya.
Konsep dan Prinsip dalam Pembelajaran Koperatif
Pengintegrasian pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan melalui proses perancangan, pengendalian, pengurusan dan penilaian yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah.
Perancangan
• memilih struktur yang disesuaikan dengan isi kandungan (content)
• memilih struktur yang disesuaikan dengan matlamat pembelajaran (samada untuk tujuan pencapaian akademik atau kemahiran sosial)
• menentukan kriteria untuk membentuk pasukan pelajar (secara rawak, mengikut pelbagai kebolehan / mixed ability dll.)
• menyediakan bahan sama ada kad arahan, kertas sebak dan lain-lain.
• merancang penggunaan optima masa dan ruang ( Jigsaw – sebagai parallel session ) dan ruang (susun atur tempat duduk dll.)

7
Pengendalian
• menjelaskan matlamat pembelajaran
• memberi maklumat asas untuk membentu proses p & p (bahan cetak,
• penubuhan pasukan
• menentukan langkah penyelarasan aktiviti (silent signal, gatekeeper, sistem ganjaran dll.)
• menentukan pengendalian aktiviti penilaian (pembentangan, pair-check dll.)
Pengurusan
• membentuk semangat pasukan/ bekerjasama (pergantungan)
• menjelaskan kemahiran sosial (berkongsi – roundrobin, pair checks ; penglibatan sama rata – talking chips , timed pair share dll.)
• melakukan brain breaks (aktivitiuntuk mengekalkan dan meningkatkan motivasi)
Penilaian merujuk kepada

9
• masteri (berpandukan Taksonomi Bloom)
• kemahiran berfikir
• pengongsian maklumat (samada antara ahli pasukan atau antara pasukan-pasukan lain).
• kemahiran berkomunikasi
Ringkasnya, pembelajaran koperatif mengganggap kejayaan insan bukan tertakluk kepada kecemerlangan akademik semata-mata. Perkembangan kecerdasan intelektual(IQ), sosial dan afektif (EQ) merupakan teras bagi pembelajaran koperatif melalui amalan interaksi kumpulan yang berkesan. Pembelajaran koperatif menyediakan gelanggang bagi pelajar mengalami dan membina realiti hidup dalam era sains dan teknologi yang pesat berkembang. Di samping membentuk ‘independent thinkers’, pembelajaran koperatif juga berusaha ke arah membentuk kemahiran berinteraksi, hormat-menghormati dan berkomunikasi secara positif dalam masyarakat
Berasaskan kepada ‘brain-based learning’, gaya pembelajaran dan kecerdasan pelbagai, pembelajaran koperatif menganggap bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk berjaya. Kejayaan adalah tanggungjawab bersama antara individu, rakan sebaya dan unsur-unsur dalam persekitarannya.
Secara amnya, cadangan prosedur pelaksanaan bagi setiap struktur koperatif yang dinyatakan di atas akan melalui proses seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah.
Masa untuk mengendalikan sesuatu struktur adalah fleksibel. Adalah diharapkan peserta dapat didedahkan dengan seberapa banyak struktur yang dapat sesuai dengan mata pelajaran masing-masing. Untuk meningkatkan kemahiran ini, peserta diharap dapat belajar secara terarah kendiri.
PEMBELAJARAN KOLABORATIF
Strategi pembelajaran kolaboratif merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Walaupun ada persamaan dalam beberapa aspek tetapi pembelajaran kolaboratif berbeza daripada pembelajaran koperatif. Pembelajaran kolaboratif mempunyai ciri-ciri utama, antaranya, seperti berikut;
• Perkongsian maklumat antara guru dan murid atau murid dan murid – cth maklumat hasil carian internet dikongsi bersama.

11
• Perkongsian kuasa antara guru dan murid – empowerment kepada murid menentukan objektif sesuatu tugasan setelah dipersetujui oleh guru, menggunakan kreativiti mereka menyiapkan tugasan seperti menggunakan pengurusan grafik dll.
• Guru sebagai mediators – bantu murid mengaitkan maklumat baru yang diperolehi dari usaha kolaboratif dengan pengalaman dan pemindahan kepada situasi baru.
• Kewujudan personaliti dan harga diri positif hasil perkongsian maklumat sesama rakan sebaya dan guru.
Terangkan struktur
Berikan rangsangan (isi kandungan)
Peserta berinteraksi
mengikut struktur
Bincang dan semak Prinsip PIES dan konsep PK
Bincang semula cara pengendalian
struktur
Peserta memberi contoh aplikasi dalam mata pelajaran
Perbezaan di antara pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif ditunjukan dalam jadual di bawah.
Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran Kolaboratif
Satu strategi pembelajaran berteraskan pasukan kecil. Setiap murid bertanggungjawab tentang pencapaian diri sendiri dan membantu ahli kumpulan
Berasaskan kepada idea bahawa pembelajaran adalah satu tingkah laku sosial. Pembelajaran berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal atau virtual.
Pergantungan positif setiap ahli dalam menentukan kejayaan pasukan.
Tiada ‘kontrak’ / pergantungan dalam kolaborasi bersama.
Peranan guru sebagai fasilitator, menstrukturkan dan memantau aktiviti pasukan mencapai objektif.
Tidak memerlukan pemantauan guru dan tidak berstruktur.
Hasil secara kumpulan
Hasil secara individu.

Wednesday, February 23, 2011

KBKK ( Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif )

0 comments
Pengenalan KBKK.


Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Prof.Jack Zevin (Queen’s College, New York, USA) telah memperkenalkan satu model KBKK. Model yang diperkenalkan ini telah mengkelaskan KBKK kepada empat kategori utama :


1. Pemikiran kritis. 2. Pemikiran kritis. 3. Penyelesaian masalah. 4. Membuat keputusan.

Definasi berfikir.

Terdapat banyak definasi berfikir pernah dikeutarakan . Antaranya Beyer (1984), Fraenkel (1980) dan Meyer (1977).

Berdasarkan kepada semua pendapat-pendapat ini, berfikir boleh dirumuskan sebagai :

Proses penggunaan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea,
membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi terhadap proses pemikiran yang dialami.

Proses berfikir.


Apabila timbul sesuatu soalan dan saya mencari jawapannya, saya sedang mengalami proses berfikir. Untuk mencari jawapan, saya

menggunakan segala aspek yang terdapat dalam minda iaitu :

- apa yang saya tahu ( pengetahuan )
- menyoal sendiri ( kemahiran kognitif )
- menilai baik buruknya ( sikap atau nilai )
Dengan demikian, proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, proses kognitif dan sikap / nilai dalam minda individu.

Kelemahan dalam berfikir.

- Tiada gambaran
- Tidak tersususn
- Tiada idea
- sempit
- terburu-buru

- kecamuk
- konflik
- salah persepsi
- kabur

Pemikiran kreatif.

Kategori ini memperluas dan mengembangkan daya imiginasi, inovasi dan kreativiti pelajar untuk mendapatkan idea - idea baru,

banyak dan pelbagai.

Pemikiran kritis.

Kategori ini melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan

bermakna.

Umur dan keupayaan.

Dr. Edward de Bono mendapati guru - guru dan ibu-bapa sering beranggapan bahawa kanak-kanak tidak mampu berfikir

mengenai pelbagai perkara yang berbeza. Bagaimanapun setelah peluang diberi, mereka terperanjat dengan kebolehan

kanak - kanak berfikir dan kemampuan mereka di luar batasan umur.


Tingkahlaku berfikir.


Anda ingin melakukan sesuatu :-

a. Ingin lakukan cara lama atau baru ?
b. Ingin lakukan lebih baik dari dahulu ?
c. Berapa lama untuk melakukannya ?
d. Bilakah ia harus disiapkan ?
e. Adakah orang lain akan membantu untuk melaksanakannya ?
f. Apakah akan terjadi selepas melakukannya ?
g. Apakah kebaikannya ?
h. Apakah keburukannya ?
i. Apakah manfaatnya ?
j. Adakah cara yang lebih mudah melakukannya ?

k. Apakah pilihan lain untuk tidak melakukannya ?
l. Apakah kesan jika tidak melakukannya ?
m. Apakah bahan dan alatannya ?
n. Adakah cara yang lebih cepat ?
o. Adakah cara yang lebih mudah ?
p. Adakah cara yang kurang kesilapan ?
q. Adakah cara kurang kekangan ?
r. Akah akan terjadi selepas melakukannya ?
s. Apakah hasil yang akan terjadi ?


Sikap yang perlu ke arah mencapai Kemahiran Berfikir.

a. Setiap orang perlu berfikir – setiap orang boleh berfikir.
b. Berfikir ialah kemahiran yang boleh dibentuk dan dibangunkan.
c. Anggap diri sendiri sebagai pemikir.
d. Yakinkan diri sendiri akan menjadi pemikir yang bertambah baik.
e. Berfikir memerlukan kemampuan yang deliberate.
f. Perkara yang sukar boleh diselesaikan dengan mudah.
g. Buat tindakan satu persatu.
h. Asingkan ego dari pemikiran . Pastikan objektif pemikiran dapat dicapai.
i. Kegunaan berfikir ialah bukan untuk betul pada setiap masa.
j. Selalu merendah diri – rasa bongkak adalah tanda pemikir yang lemah.


Membentuk kemahiran berfikir.

Contoh untuk beberapa ikhtibar supaya kita boleh berubah:

a. Saya mahu sedikit gam untuk mencantumkan dua keping kayu.

Kita dibesarkan dengan pengalaman bahawa kayu dicantumkan dengan gam. Itulah cara paling mudah, paling murah dan
paling kita sukai. Itulah cara yang ada yang kita ketahui. Atau itulah cara yang sering tertanam dalam minda kita.

b. Saya mahu beberapa cara untuk mencantumkan dua keping kayu.
Kita boleh mengubah paradigma dan dogma dalam minda sendiri. Selalu tanamkan bahawa setiap satu perkara yang
difikirkan mempunyai banyak pilihan lain untuk melakukannya. Ini melahirkan persepsi dan kemahiran berfikir yang baru.

Contoh lain :

a. Saya mahu paku untuk menggantung gambar ini ke dinding.
b. Saya mahu beberapa cara untuk menggantung gambar ini ke dinding.


Empat jenis latihan untuk Kemahiran Berfikir (1).

1. Seronok ( cadangan 40% ).
- Imiginartif, gila-gila, spekulatif dan tidak diambil serius. Contoh : bagaimana kalau kita ada 4 tangan ?

2. Remote ( cadangan 30% ).
- Besar kemungkinannya benar, ada kebenaran. Contoh : bagaimana nak mengelakkan kesesakan bandararaya ?

3. Persekitaran sedia ada ( cadangan 20% ).
- Relevan dengan umur, kumpulan dan persekitaran murid dan minat mereka. Contoh : sahabat anda cuba mengelak
dari bertemu anda dan anda tidak tahu kenapa. Apakah yang patut anda lakukan ?

4. Berat ( cadangan 10% ).
- Hal - hal serius yang berkaitan dengan kita (kumpulan pelajar yang belajar KB) Umur, minat dan situasi kita
mempengaruhi pilihan seperti keperluan , kesusahan kita. Contoh : patutkah remaja merokok ?


Empat jenis latihan untuk Kemahiran Berfikir (2) .

Gabungkan 2 dari 4 jenis latihan Kemahiran Berfikir setiap kali latihan secara berpasangan antara :
a. seronok.
b. remote.
c. persekitaran sedia ada.
d. berat.
Ini penting supaya ia membina Kemahiran Berfikir akibat dari tiada emosi, prejudis dan gangguan pengalaman.


17 Prinsip-prinsip berfikir.

1. Konstruktif (jangan negatif).
2. Berfikir secara perlahan-lahan dan mudah.
3. Elakkan ego, refleksi terhadap pendapat sendiri.
4. Elakkan dogmatik walaupun anda pasti pendapat anda betul.
5. Berfikir secara meneroka (bukan membahas dan mempertikai).
6. Fikirkan titik fokus dan penyelesaian dari berfikir.
7. Mampu tukar gear. Tahu bila perlu guna logik, guna kreativiti, guna maklumat.
8. Apakah penyelesaian dari berfikir.
9. Perasaan, emosi penting dalam berfikir (selepas penerokaan sahaja).
10. Sentiasa dan berani mencari serta menggunakan alternatif, persepsi dan idea baru.
11. Mampu berundur dan maju semula.
12. Pihak yang membahas/mempertikai ada melahirkan idea penting – ambil idea dan gunakan idea-idea tersebut.
13. Logik cuma sebaik persepsi dan maklumat.
14. Pandangan berbeza lahir dari persepsi yang berbeza.
15. Semua tindakan mempunyai kesan dan akibat.
16. Setiap perkara mempunyai alternatif lain yang belum manusia lain terfikirkannya.
17. Manusia mempunyai banyak peluang untuk kreatif dan mengeluarkan idea baru.

Berfikir secara perlahan - lahan dan mudah.

a. Manusia mampu berfikir walau sebanyak mana sekalipun kalau berfikir secara perlahan-lahan dan tenang.
b. Elakkan ego, refleksi terhadap pendapat sendiri.
c. Ego seringkali mempengaruhi pendapat manusia.
d. Fikirkan semula objektif kita berfikir, tujuhala dan kesan dari pendapat kita sendiri.
e. Elakkan dogmatik walaupun anda pasti pendapat anda betul.
f. Walaupun pendapat kita betul, pendapat orang lain juga adalah baik dan patut diterima dan dipakai.
g. Ada kemunginan kita tidak menerima pendapat betul orang lain kerana kita melihat dari persepsi yang salah.

Berfikir secara meneroka (bukan membahas dan mempertikai).

a. Berfikir untuk memperoleh sesuatu yang baik, benar dan tepat.
b. Berfikir bukan untuk menyatakan cara kita betul.
c. Tidak perlu untuk membahaskan tentang pendapat orang lain.

Fikirkan titik fokus dan penyelesaian dari berfikir.

a. Kenalpasti apakah titik fokus kita berfikir dan apakah yang ingin dicapai dari berfikir tadi.
b. Tentukan satu titik fokus sahaja.
c. Elakkan terhanyut / tergelincir / terbias dari masa ke masa, dari fasal ke fasal, dari pendapat ke pendapat.

Mampu tukar gear. Tahu bila perlu guna logik, guna kreativiti, guna maklumat.

a. Bijak berfikir adalah juga mahir dalam pelbagai jenis berfikir.
b. Tahu bila dan bagaimana perlu guna pelbagai teknik berfikir.

Apakah penyelesaian dari berfikir.

a. Boleh meramal hasil berfkir dan kesan dari berfikir tadi.
b. Mampu mengenalpasti mengapa rumusan / keputusan dari berfikir tadi boleh dijayakan.

Perasaan, emosi penting dalam berfikir (selepas penerokaan sahaja).

a. Perasaan dan emosi juga penting kerana banyak penyelesaian masalah juga melibatkan pihak lain / manusia.
b. Gunakan perasaan dan emosi di masa yang sesuai.
c. Perasaan dan emosi digunakan di awal, ia akan mempengaruhi persepsi dan tindakan.

Sentiasa cari alternatif, persepsi dan idea baru.

a. Cari alternatif baru, penerokaan baru, persepsi baru, kemungkinan bertindak, pendelatan yang berlainan dan pelbagai.

Mampu berundur dan maju semula.

a. Memikirkan semula senario sebenar secara terperinci.
b. Keluasan skop membantu menjana alternatif, berpindah dari idea ke idea, menghubung kait idea.
c. Berundur menyusun semula langkah, memperbarui pendapat dan bertindak.

Pihak yang membahas / mempertikai ada melahirkan idea penting – ambil idea dan gunakan idea-idea tersebut.

a. Ambil semua idea. Ada kala idea yang baik bercampur dengan idea kurang baik.
b. Idea yang baik boleh diperbaiki dan digunakan.
c. Idea yang kurang baik boleh digabungkan dengan idea lain untuk menjadikan idea yang lebih baik.

Logik cuma sebaik persepsi dan maklumat.

a. Pendapat / pilihan / tindakan ramai orang merupakan pendapat / pilihan / tindakan yang terbaik baru & masih diketahui.

Mungkin ada pendapat / pilihan / tindakan lain yang sama baik tetapi belum diketahui.

a. Mungkin ada pendapat / pilihan / tindakan yang lebih baik dari persepsi lain pula.
b. Logik baru boleh muncul dari dogmatik lama.

Pandangan berbeza lahir dari persepsi yang berbeza.

a. Apabila ada pendapat betul, semua pendapat lain seringkali dianggap salah.
b. Persepsi lahir dari maklumat berbeza, pengalaman berbeza, cara pandangan berbeza.
c. Seseorang perlu peka pada pelbagai jenis persepsi yang berbeza.

Semua tindakan mempunyai kesan dan akibat.

a. Bukan semua hasil berfikir menghasilkan tindakan.
b. Berfikir juga boleh menghasilkan pelan tindakikut, penyelesaian masalah, mereka bentuk, pilihan atau keputusan yang diikuti
dengan tindakan.
c. Tindakan mempunyai kesan dan akibat pada manusia, hidupan dan alam.

Setiap perkara mempunyai alternatif lain yang belum manusia lain terfikirkannya.

a. Perkara yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada pengalaman lalu.
b. Masih ada cara lain untuk melakukan sesuatu yang belum kita ketahui, kita temui dan belum terlintas dalam fikiran manusia.

Manusia mempunyai banyak peluang untuk kreatif dan mengeluarkan idea baru.

a. Manusia boleh berkreatif apabila diberi peluang.


Pemikiran biasa.

Teknik ini kita pelajari secara tidak disedari semasa menjalani proses kegidupan seharian. Kecenderungan ini perlu
dikikis supaya dapat menghaslkan idea bermutu. Tujuh (7) ciri pemikiran biasa:

1. Pengulangan mempengaruhi minda.
2. Dikongkong oleh pengamatan mata.
3. Dikuasai niat dan kepentingan peribadi.
4. Pengalaman pertama memberi tanggapan untuk seterusnya.
5. Mengutamakan kepentingan.
6. Kuat dipengarui pengalaman peribadi.
7. Cepat bertanggapan ekstrim.


Kelemahan dalam berfikir.

Logik tradisional (pemikiran vertikal)

a. Silogisme
b. Silogisme bersyarat
c. Silogisme hipotetikal

Silogisme.

Silogisme ialah argumen yang mengandungi dua premis dan satu kesimpulan. Contoh :

Premis 1

Premis 2

Kesimpulan

a.

Pelajar yang rajin akan berjaya

Halim seorang pelajar yang rajin

Halim akan berjaya

b.

Orang alim memakai jubah dan janggut

Pak Haji memakai jubah dan janggut

Pak Haji adalah orang alim.

Silogisme bersyarat.

Silogisme ialah argumen yang mengandungi dua premis yang menjadi syarat dan satu kesimpulan. Premis 1 menjadi syarat utama dan Premis 2 menjadi syarat kecil. Contoh :

Premis 1 (syarat utama)

Premis 2 (syarat kecil)

Kesimpulan

a.

Kalau kamu masuk masuk universiti,

kamu akan berjaya.

Kamu sedang belajar di universiti, maka kamu tentu akan berjaya.

b.

Kalau Malaysia menggunakan Bah.Inggeris,

Malaysia akan jadi negara maju.

Malaysia sekarang tidak menggunakan Bahasa Inggeris, maka Malaysia tidak akan jadi negara maju.

Contoh lain :
Bintang jelita pujaan kita, Siti Norhaliza menggunakan sabun krim pelembab muka jenama Xiannasa. Anda juga akan mengunakan krim pelembab muka jenama Xiannasa, maka anda akan jadi jelita seperti bintang pujaan anda.

Silogisme hipotetikal.

Silogisme hipotetikal ialah silogisme yang mempunyai proposisi hipotesis yang terdapat anteseden dan konsekuen di dalamnya.
Contoh :

Proposi hipotesis

Proposi hipotesis

Kesimpulan


Bahagian 1

Bahagian 2

Konsekuen

a.

Kalau

menangis

air mata mesti keluar

b.

Kalau

mahal

Itu tanda barangan baik.

c.

Kalau

Pak Haji memakai jubah dan janggut

hari akan hujan

d.

Kalau

bukan hidup

tentu ia mati

Contoh lain :
a. Kalau berjaya di sekolah rendah, tentu akan berjaya ke universiti.
b. Kalau mamalia ada paru-paru, tentu paus dan kelawar ada paru-paru.
c. Kalau gempa bumi ada di Indonesia, tentu gempa bumi ada di Malaysia.

Teknik analisis sifat (pemikiran kritikal).

Merombak struktur pemikiran yang sedang dan sering digunakan. Ini bertujuan untuk menerbitkan idea baru.
Contoh : tongkat orang buta.

Bil

Sifat

Bagaimana kalau......

a.

Dibuat daripada aluminium

Dibuat daripada grafit ?

b.

Bentuk silinder panjang

Pipih / segiempat / leper ?

c.

Boleh dilipat

Boleh laras sorong masuk seperti arial radio / tripod kamera ?

d.

Warna krom

Grafit / plastik jernih ?

e.

Krom sadur berkilat

Grafit jernih boleh dibubuh lampu dan berkelip-kelip / pancar sinar ?

f.

Tiada asesori tambahan

Asesori bunyi signal menandakan halangan spt tembok, longkang dll.

g.

Tiada asesori kecemasan

Asesori kecemasan seperti kecurian, sesat dll.

h.

Tali supaya tidak terlepas dari pegangan

Ada tali dan tambahan asesori bunyi peluit jika tercicir / kehilangan.

i.

Berat

Ringan dan boleh terapung di dalam air

j.

Ketinggian yang piawai

Mudah laras mengikut ketinggian pengguna.

Pemikiran kritis lahir dari kreatif dan pengalaman.

Bil

Kritis

Punca kreatif

a.

Arkitek maritim Amerika mengkaji supaya pergerakan kapal lebih laju semasa di laut

Arkitek dapat ilham dengan mengkaji pergerakan ikan lumba

b.

Pereka fesyen YSL ingin menjual lebih banyak pakaian

Mengubahsuai fesyen lama

c.

Mengurangkan serangan musuh padi seperti tikus

Membiakkan musuh semulajadi tikus seperti burung hantu

d.

Jurutera R&D ingin mencipta bumbung yang boleh berubah warna dan membalik/menyerap haba mengikut cuaca yang berubah-ubah

Mengkaji fenomena perubahan cicak kobeng

e.

Pakar penternakan ingin menghasilkan baka lembu yang besar dan tahan penyakit

Mengahwinkan lembu dengan seladang.


Proses asas berfikir.

1. Keluasan / tertentu.
2. Tumpuan (projection).
3. Mengarah ke arah penumpuan.
4. Pengecaman dan muat tepat.
5. Pergerakan dan alternatif.

Keluasan / tertentu , umum / terperinci.

Analoginya :
Bayangkan kita menemui seekor harimau yang baru wujud di dunia. Dari jauh kita nampak bentuk sahaja yang jelas (keluasan / umum / tidak tepat / tidak khusus), semakin mendekat baharulah kita dapat mengenali rupa sebenar haiwan itu – berbulu halus, bertelinga kecil, berbulu pendek di telinga, berkuku dll. (terperinci / tepat / khusus). Pemikir yang baik boleh mengenali sesuatu perkara dari umum kepada tepat dan juga sebaliknya dari tepat kepada umum.

Contoh 1

Bentuk umum - “Tolong dapatkan saya minuman” (Bagaimanakah anda dapat memenuhi permintaannya dengan tepat?).
Bentuk terperinci - “Tolong dapatkan saya minuman Milo panas tanpa ais.”

Contoh lain :

a. Carikan beberapa cara untuk saya sangkutkan gambar hiasan ini ke dinding ruang tamu.

b. Tolong lukiskan saya sekeping gambar lukisan.

Tumpuan / membayangkan tampak.

Tumpuan memberi maksud membayangkan, berimiginasi, membayang tampak sesuatu dalam minda. Ia sebahagian asas dari pemikiran kerana kita tidak dapat memastikan setiap satu yang berlaku dalam kehidupan. Kita cuma ingin melihat apa akan berlaku dan menumpukannya dalam minda kita. Tumpuan itu mungkin tidak benar tetapi kita mendapat sedikit petunjuk darinya.

Contoh :
a. Apa akan terjadi sekiranya semua pengangkutan disediakan percuma ?
b. Apa akan terjadi sekiranya kutub utara mencair menjadi air ?


Mengarah ke tumpuan.

Semua pertanyaan dan soalan adalah mengarah ke tumpuan. Bagaimanapun, arahan juga mengarah ke tumpuan. Tumpuan selalunya terbentuk dari 3 cara :
1. Sebarang perkara yang menarik perhatian dan perasaan.
2. Tabiat perhatian yang dibentuk melalui pengalaman dan amalan.
3. Tarikan dari satu butiran ke satu butiran.

Contoh :
a. Tumpukan perhatian anda ke arah cara membuat reban ayam.
b. Tumpukan perhatian anda kepada perbandingan dua set mesin pencuci kain ini.
c. Fokuskan kepada penjajahan barat ke atas kerajaan timur dalam abad ke 19.
d. Fokuskan kepada kaedah-kaedah mengatasi masalah buta huruf di kalangan pelajar.


Pengecaman dan muat tepat.

Otak menyimpan pola dan corak yang dibentuk dari pengalaman. Pola kita memakai baju membuat kita memakai baju secara otomatis tanpa berfikir bagaimana langkah-langkah untuk memakai baju. Bagaimanapun sebab untuk berfikir ialah untuk menyediakan corak-corak berfikir yang routine supaya kita dapat menjalani kehidupan melalui corak-corak berfikir yang wujud tadi.

Contoh :
a. Langkah-langkah untuk berpakaian ?
b. Langkah-langkah untuk menyeberang jalan raya ?
c. Langkah-langkah untuk makan nasi ?


Pergerakan dan alternatif.

Pergerakan bermaksud bagaimana untuk ke hadapan dari titik ini. Ia mungkin sekali provokasi, di luar pengalaman dan menongkah arus ilmu semasa. Pergerakan termasuklah integrasi, penggabungjalinan, penyerapan, penyatuan. Ia sering dilihat sebagai igauan, mimpi, lamunan. Namun ia melahirkan alternatif.

Contoh :
a. Provokasi : kereta mempunyai tayar persegi empat.
b. Provokasi : apakah alternatif yang ada ?
d. Provokasi : apa berikutnya ?

Contoh pelajar pintar dan bijaksana.

Guru : Kelas kita ada 10 orang murid. Empat orang sakit kepala, berapa orang yang akan hadir ke kelas ?
Pintar : Enam orang, cikgu.
Bijak : Kalau ada murid yang sakit kepala datang jugak ke sekolah, cikgu ?


Kepintaran vs. Kebijaksanaan.

Analogi :
Pintar adalah kereta.
Bijaksana adalah pemandu.

Pemandu yang cekap tidak menyebabkan kereta kemalangan. Dia boleh melajukan kereta setakat kemampuan kereta itu sahaja.
Alangkah baiknya kalau kereta itu memang kereta yang laju.

Pintar adalah kereta.
Bijaksana adalah pemandu.

Kereta yang laju boleh cepat sampai ke destinasi. Ia juga akan paling lewat sampai sekiranya pemandunya tidak cekap. Ia mungkin kemalangan kerana ketidakcekapan pemandunya.

Kepintaran adalah berasaskan logik (ilmu). Ia menentukan kita boleh menjawab teka-teki dan menjawab soalan peperiksaan. Ia boleh dipelajari. Kebijakasanaan boleh dipelajari dan dipupuk. Ia membaiki persepsi kita. Manusia pintar mungkin tidak bijaksana. Orang bijaksana mungkin tidak pintar.

Bagaimana orang pintar (IQ tinggi) bukan pemikir yang baik.

*(Secara mudahnya, ramai pelajar IQ tinggi mudah mengingat fakta serta berjaya dalam bidang akademik)

1. Orang mempunyai IQ tinggi (cerdas / intelek) tidak semestinya pandai berfikir tetapi mereka tidak pernah diajar berfikir.
2. Mengambil satu sudut pandangan mengikut ilmu yang dipelajari ; dan kemudian mempertahankan pandangan tersebut
dengan menggunakan IQ / kepintaran / hujah mereka.
3. Suka mempertahankan hujah berdasarkan kepintaran (diperoleh dengan ilmu pengetahuan) ; lalu mereka merasa tidak
perlu meneroka sesuatu perkara dengan lebih luas dan mendalam.
4. Berasa tidak kerlu mendengar pendapat lain yang bertentangan dengan ilmu (kepintaran) mereka
5. Boleh jadi ego kerana ia suka pada yang betul (logik ilmu sahaja).
6. Suka “mengkritik” pandangan orang lain atau memberi pendapat mengenai pandangan orang lain.
7. Dilatih untuk tidak melakukan kesilapan / menjauhi kesilapan. Akan diberi celaan / pangkah / tiada markah untuk sebarang
kesalahan.
8. Tidak berminat memberi jawapan yang spekulatif. Berminat untuk jawapan betul atau salah sahaja.
9. Takut membuat spekulasi kerana ada risiko untuk salah.
10. Takut membuat kesilapan.

Antara contoh Kemahiran berfikir.

Merancang

Menyampaikan maklumat

Mendapat bukti

Berimiginasi

Membuat konsentrasi

Membuat keputusan

Menjelaskan

Mengumpul maklumat

Mempersembahkan maklumat

Menyenaraikan

Memberi idea baru

Mengaitkan

Mengenal pasti maklumat

Menyusun maklumat

Membahas

Mengkategorikan

Mengkelaskan

Mengenal pasti idea utama

Mengecam falasi

Memerhati yang ganjil

Bekerja ke belakang

Meramal

Mengenal pasti andaian

Menghubungkait

Mengenal pasti kecondongan

Menyusun atur maklumat

Membuat pemerhatian yang tepat

Membanding dan membeza

Mengecam corak / pola

Membuat sistesis

Membuat induksi

Menginterpretasi

Membuat deduksi

Menerangkan

Memberi sebab

Memberi alasan

Memberi akibat

Membuat inferens

Menaakul

Membuat generalisasi

Menyelesaikan masalah

Memberi pandangan

Menterjemahkan

Menghuraikan

Menilai

Menganalisis

Membuat analogi

Membuat hipotesis

Mengkritik

Menjustifikasikan

Membuat kesimpulan

Merumus

CoRT 1

CoRT 4

Alat pengukuran KBKK.

1. Lembaran pengurusan lisan (LPL).
2. Soalan dan penyoalan (SP).
3. Mandala ingatan (MI).
4. Lembaran pengurusan grafik (LPG).
5. CoRT 1 (Cognitive Research Trust).
6. Peta Minda (PM).

Mandala Ingatan.

Contoh :

1. Apakah perasaan anda bila melihat kemalangan ini ?
2. Siapa yang sering terlibat dalam kemalangan ?
3. Siapa yang menemui kemalangan itu ?
4. Bila kemalangan kerap berlaku ?
5. Bila kemalangan itu terjadi ?
6. Di mana kemalangan selalu berlaku ?
7. Di mana luka / parah ?
8. Di mana pemandu / penumpangnya di bawa ?
9. Bagaimana urutan peristiwa kemalangan itu berlaku ?
10. Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku ?
11. Bagaimana kemalangan tersebut boleh dielakkan ?
12. Kenapa pengguna jalan raya semain cuai terutamanya menjelang cuti penggal persekolahan ?
13. Kenapa kemalangan itu terjadi ?

Strategi aktiviti.

Aktiviti KBKK

Kemahiran berfikir

Membanding dan membeza

Menaakul, menganalisis, mengenal pasti persamaan dan perbezaan, membuat kesimpulan.

Dramatik dan emosi

Menganalisis, menilai, membuat kesimpulan

Rangka rujuk

Memikir secara kreatif, mencapah, menganalisis, menilai , membuat kesimpulan

Misteri / masalah

Menyelesaikan masalah, membuat kesimpulan

Kontrovesi / perbahasan / pertikaian

Menganalisis, membezakan fakta dengan andaian.

Konsep berfikir.

Berfikir ialah satu proses mental yang terdiri daripada :
(a) Operasi kognitif :
Kemahiran berfikir yang biasa dilakukan.
Contoh : Membanding dan membezakan
(b) Operasi meta - kognitif :
Memikir tentang fikiran.
Contoh : Semasa membanding dan membezakan, kita memikir tentang jenis kemahiran berfikir yang digunakan.

Contoh soalan-soalan untuk pemikiran kritis.

1. Apakah persamaan dan perbezaan di antara ………... dengan …….….?
2. Bagaimanakah kita boleh mengelas-kan / mengkategorikan ……………?
3. Apakah idea-idea utama dalam ….?
4. Bagaimanakah anda tahu ………..?
5. Mengapakah anda memilih ………?
6. Apakah bukti untuk menyokong kesimpulan anda ?
7. Mengapakah ……………. berlaku ?
8. Apakah interpretasi yang boleh dibuat mengenai …………………..?

Contoh soalan-soalan untuk pemikiran kreatif.

1. Sekiranya ……..(syarat) ini diubah, apakah akan terjadi ?
2. Apakah ramalan / rumusan / kesimpulan yang boleh dibuat mengenai ……………..……….……?
3. Apakah idea / pilihan / dsb yang lain / baru untuk …………………….…...?
4. Apakah perhubungan / perkaitan di antara ……… dengan ……………..?
5. Apakah pola / corak yang dapat dilihat mengenai ……………………?
6. Apakah pendapat anda tentang ….?
7. Apakah generalisasi / hipotesis yang boleh dibuat berdasarkan kepada ………………………………………. ?

Contoh soalan-soalan untuk membuat keputusan.

1. Apakah pilihan-pilihan / alternatif yang mungkin …………..?
2. Apakah akibat sesuatu pilihan ….…?
3. Apakah kriteria-kriteria untuk membuat keputusan untuk ……..…?
4. Pilihan yang manakah yang terbaik berdasarkan kepada kriteria ……...?

Contoh soalan-soalan untuk menyelesaikan masalah.

1. Apakah sebenarnya yang menyebabkan (masalah) ………...itu berlaku ?
2. Apakah cara-cara yang mungkin untuk menyelesaikan (masalah) …………… itu ?
3. Cara penyelesaian manakah yang terbaik untuk menyelesaikan (masalah) …………...itu. Mengapa ?
4. Apakah kesan-kesan bagi setiap cara penyelesaian yang telah dilaksanakan ?
5. Apakah andaian kesan yang terjadi jika mana-mana satu cara penyelesaian itu dilaksanakan ?


Soalan dan penyoalan.

Contoh :
Sudin pukul kucing.
Shaari bermain dengan kucing.
Cuba bandingkan.
Soalan dan penyoalan – kurang mencabar minda.
1. Sudin pukul apa ?
2. Shaari bermain dengan siapa ?
3. Apakah haiwan itu ?
Soalan dan penyoalan – merangsang minda.
1. Apa berlaku bila kucing kena pukul ? (Kemahiran meramal).
2. Bandingkan watak Sudin dengan Shaari (Kemahiran membanding).
3. Kenapa Sudin memukul kucing ? (Kemahiran memberi sebab).


Lingkaran soalan.

Lingkaran soalan ialah bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop – skop tertentu.
Perkara (P) merujuk kepada idea, isu, tajuk, tema, peristiwa atau teks.
Individu (I) merujuk kepada individu yang terlibat.
Luar individu (LI) merujuk kepada masyarakat, kawasan, daerah, negeri, negara dan luar negara.

Contoh Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu).
P - Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim.
I - Pada pendapat anda, buah- buah apakah yang mempunyai potensi untuk diekspot secara besar - besaran ?
LI - Apakah buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran orang-orang Jepun ? Apakah peluang terhadap industri buah-
buahan di Malaysia ?
Gabungan Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu).
Lingkaran soalan dapat digabungkan menjadi soalan-soalan yang dapat meningkatkan soalan berfikir.
1 = Perkara.
2 = Individu.
3 = Luar individu.
4 = Perkara + individu.
5 = Individu + luar individu.
6 = Perkara + luar individu.
7 = Perkara + individu + luar individu.

Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I (Perkara + individu).
Pada pendapat anda (I) , bagaimanakah industri buah-buahan tempatan (P) dapat dimajukan ?
Contoh gabungan Lingkaran soalan I+LI (Individu dan luar individu).
Pada pendapat anda (I) , mengapakah kerajaan Malaysia tidak menggalakkan rakyatnya membeli durian dari Negara Thai (LI) ?

Contoh gabungan Lingkaran soalan P+LI (Perkara + luar individu).
Apakah perbezaan antara buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahan dari luar negara (LI) ?
Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I+LI (Perkara + individu + luar individu).
Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P) berbanding buah-buahan negara bukan tropika (LI) . Adakah anda (I) bersetuju
dengan pendapat ini ? Beri alasan anda.


Penyelesaian masalah.

Kategori ini melibatkan satu proses yang kompleks, terdiri daripada langkah-langkah berikut yang mungkin
berulang - alik :

1. mengenalpasti / mentafsir masalah.
2. mencari cara-cara penyelesaian.
3. memilih cara penyelesaian yang terbaik.
4. melaksana cara penyelesaian yang terpilih.
5. memeriksa kesan penyelesaian.


Membuat keputusan.

Kategori ini melibatkan proses yang agak rumit dan terdiri daripada langkah-langkah berikut :

1. Menjana pilihan-pilihan.
Melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif untuk menghasilkan pilihan - pilihan alternatif.
2. Menentukan akibat sesuatu pilihan.
Melibatkan kemahiran menentukan akibat sebagai satu pilihan.
3. Memilih pilihan terbaik berdasarkan kepada kriteria.
Melibatkan kemahiran menetukan kriteria, keutamaan kriteria, menilai pilihan-pilihan dan membuat pilihan terbaik.


Peta Minda.

Kegunaan :
1. Mengambil nota.
2. Simpanan nota ringkas.
3. Memanggil maklumat.
4. Mengembangkan isi.
5. Menyelesaikan masalah.

Peta Minda (Mind Mapping)

Peta Minda disesuaikan / mempunyai perkaitan rapat dari bentuk saraf otak manusia. Kebetulan ia juga boleh dikaitkan dengan
bentuk dan kekukuhan akar tumbuhan.

Peta Minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian. Guru dan pelajar
boleh membuat Peta Minda mengikut aktiviti yang dijalankan.

Peta Minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana ia dibuat berdasarkan kefahaman, cara
mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu.

Antara bentuk Peta Minda adalah :
1. Pengkelasan (PM1)
2. Rantai urutan (PM2)
3. Kitaran (PM3)
4. Kitaran (berpusat) (PM4)
5. Tangga hiraki (PM5)
6. Pohon fikiran (PM6)
7. Pengkelasan (berpusat) (PM7)


Panduan membuat Peta Minda (1).

Bahan :
1. Pen / pensel berwarna.
2. Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas lukisan adalah dianggap baik).

Persediaan :
a. Kenalpasti konsep / idea utama.
b. Bina dengan pantas.
c. Bina dengan riang dan positif.
d. Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan.
e. Dalam keadaan selesa & tenang.
f. Bina yang unik. Cuba rangsang kreativiti sendiri.

Panduan membuat Peta Minda (2)

Langkah-langkah dalam membina Peta Minda :
1. Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas.
2. Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk, simbol atau gambar yang sesuai.
3. Bentuk cabang-cabang kasar dari tajuk utama – satu cabang untuk satu isi utama.
4. Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang.
5. Lakar cabang-cabang kecil yang halus sedikit dari cabang utama. Tuliskan maklumat tambahan.
6. Gunakan gambar, lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran.
7. Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari cabang tambahan. Tuliskan maklumat tambahan.


Strategi membuat Peta Minda.

Strategi-strategi untuk menjadikan Peta Minda lebih bermakna dalam ingatan :
1. Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya.
2. Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang tambahan berikutnya.
3. Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah kita.
4. Gunakan anak panah / warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau cabang-cabang.
5. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan.

Lembaran Pengurusan Lisan.

Lembaran Pengurusan Lisan boleh digunakan sebagai panduan menjalankan kemahiran berfikir mengikut kemahiran-kemahiran yang
tertentu.

Contoh :
Kemahiran menyelesaikan masalah.
a. Apakah masalahnya ?
b. Apakah masalah utama dan masalah sampingan ?
c. Bagaimana cara meneyelesaikan masalah utama dan masalah sampingan ?
d. Apakah cara penyelesaian yang terbaik ?
e. Apakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan ?


Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 1) : Mengkelas.

1. Kenal pasti ciri-ciri umum sekumpulan item.
2. Beri nama kepada kumpulan item itu.
3. Kenal pasti ciri - ciri lain.
4. Masukkan ciri - ciri yang sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil.
5. Ulangi langkah - langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam satu kumpulan.

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 2) : Membanding.

1. Perhatikan item yang dibandingkan.
2. Kenal pasti satu daripada ciri-ciri itu.
3. Tentukan sama ada item lain mempunyai ciri yang sama.
4. Nyatakan ciri-ciri yang sama dan berbeza.
5. Membuat kesimpulan.

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 3) : Membuat urutan.

1. Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut nilai, abjad, saiz, corak atau masa.
2. Ambil satu item sebagai asas.
3. Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis susunan yang ditentukan.
4. Semak semula susunan tersebut.

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 4) : Menyusun mengikut keutamaan.

1. Tentukan matlamat.
2. Ambil satu item sebagai asas.
3. Ambil item yang lain dan bandingkan dengan item asas sama ada lebih dekat dengan matlamat.
4. Jika lebih dekat dengan matlamat, letakkan di atas sebagai item asas. Jika tidak letakkan di bawah.
5. Ulangi langkah-langkah di atas bagi item yang lain satu demi satu.
6. Membuat kesimpulan.

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 5) : Mentafsir maklumat.

1. Kumpulkan maklumat
2. Tentukan pola maklumat
3. Buat keputusan

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 6) : Meramal.

1. Perhatikan atau kumpulkan maklumat.
2. Tentukan corak atau pola yang terdapat dalam kumpulan maklumat.
3. Buat jangkaan yang paling sesuai.

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 7) : Menerangkan sebab.

1. Apakah kemungkinan sesuatu kejadian itu berlaku ?
2. Apakah bukti-bukti yang kemungkinan itu berlaku ?
3. Nyatakan perincian bukti yang dikenalpasti.
4. Bukti yang manakah paling nyata (jika ada).

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 8) : Mengusul periksa andaian.

1. Perhatikan sesuatu situasi.
2. Nyatakan mengapa situasi sedekian terjadi.
3. Berikan satu jawapan yang rasional sebagai andaian.
4. Semak semula sama ada andaian tersebut boleh diuji atau tidak.

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 9) : Membuat inferens.

1. Perhatikan sesuatu situasi.
2. Nyatakan sebab situasi sedemikian terjadi.
3. Semak alasan sama ada berasaskan pendapat atau pertimbangan.
4. Cari alasan lain.

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 10) : Menjana idea.

1. Tetapkan tajuk perbincangan.
2. Senaraikan semua idea yang dikemukakan.
3. Renung kembali idea yang dikemukakan.
4. Tambah lagi idea jika ada.
5. Hubungkait idea yang telah disambungkan.

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 11) : Membuat gambaran mental

1. Bayangkan matlamat tertentu.
2. Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental.
3. Bayangkan langkah semi langkah yang berlaku ke arah matlamat.
4. Lihat keseluruhan gambaran.

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 12) : Membuat analogi.

1. Bandingkan dua item / perkara yang tidak sama.
2. Cari sifat-sifat yang sama yang boleh dihubungkaitkan.
3. Nyakan hubungkait sebagai metafora.

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 13) : Penyelesaian masalah.

1. Apakah masalahnya ?
2. Apakah masalah utama dan apakah masalah sampingan ?
3. Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ?
- Masalah utama.
- Maslah sampingan.
4. Apakah cara penyelesaian yang terbaik ?
5. Adakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan ?

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 14) : Membuat keputusan.

1. Kenalpasti alternatif-alternatif yang boleh diambil bagi membuat keputusan.
2. Apakah kesan/akibat dijangka timbul apabila alternatif dilaksanakan, sama ada baik atau buruk.
3. Nyatakan pilihan yang terbaik.
4. Apakah kriteria utama pilihan tersebut dibuat ?
5. Apakah keputusan terbaik bagi memenuhi matlamat.


Lembaran pengurusan grafik (LPG).

Lembaran Pengurusan Grafik digunakan untuk mengumpul, menyenarai dan menganalisis fakta dan data untuk membantu menghurai masalah / situasi / kandungan. Antara LPGnya adalah :
1. Membanding dan membeza.
2. Mengkelaskan.
3. Membuat urutan.
4. Menyusun mengikut keutamaan.
5. Membuat ramalan.
6. Menerangkan sebab.
7. Mengusul periksa andaian.
8. Membuat inferens.
9. Mentafsir maklumat.
10. Membuat gambaran mental.
11. Membuat analogi.
12. Membuat keputusan.


CoRT (Cognitive Research Trust).

Terdapat enam program CoRT (Cognitive Research Trust) yang telah dicipta oleh Dr. Edward de Bono. CoRT
direkacipta supaya mudah dan praktikal. Terbahagi kepada 6 bahagian yang setiap satu mempunyai 10 pelajaran :
CoRT 1 – Keluasan (memperluaskan persepsi).
CoRT 2 - Organisasi.
CoRT 3 - Interaksi.
CoRT 4 – Kreativiti (memperluas pemikiran lateral dan kreatif).
CoRT 5 – Maklumat dan rasa.
CoRT 6 – Tindakan.

Pembahagian CoRT.

CoRT 1 terbahagi kepada 3 bahagian :
1. logik dan persepsi
- CAF
- APC
2. nilai
- OPV
- C&S
- PMI
3. fokus dan punca
- AGO
- FIP


CoRT 1 (Cognitive Research Trust).

Mengandungi alat persepsi untuk membawa ke arah pengamatan. Setiap alat CoRT1 diberi nama berasaskan singkatan frasa. Ia
mempunyai kegunaan untuk untuk melahirkan persepsi dan mudah dipelajari / digunakan.
1. Plus, Minus, Interesting (Baik, tidak baik, menarik).
2. Consider all factors (Mengambil kira semua faktor).
3. Consequences and sequel (Meramalkan sebab dan akibat).
4. Aims, Goals and Objectives (Tujuan, matlamat dan objektif).
5. First, Important Priorities (Memberikan keutamaan kepada yang terpenting).
6. Other Peoples View (Pandangan orang lain).
7. Alternatives, Possiblities and Choices (Pelbagai pilihan, kemungkinan).


CoRT 1 & kognitif.

Fokus : akademik.
CoRT1
Kegunaan
Contoh kognitif
PMI
Untuk menangani idea dari segi kelebihan, kekurangan dan keistimewaan
Membantu ibu di rumah. Bincangkan
CAF
Mengambil kira semua faktor yang terlibat
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pekerja asing datang ke Malaysia ?
C&S
Meramalkan kesan dan akibat yang berturutan
Apakah kesan yang timbul jika siaran televisyen 24 jam dilaksanakan ?
AGO
Tujuan, matlamat dan objektif
Apakah tujuan dan matlamat maharaja Hirohito menjadikan sebuah negara moden ?
FIP
Memberi keutamaan kepada yang terpenting
Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan oleh Raja Mongkut dalam pemodenan kerajaan Siam ?
OPV
Mendapatkan pandangan orang lain
Pak Sako dilabel sebagai penghasut rakyat oleh Kerajaan British di Malaya. Apakah pandangan anda ?
APS
Pilihan-pilihan dan kemungkinan
Senaraikan kemungkinan kekangan dalam pembinaan industri otomobil di Malaysia dan pilihan-pilihan yang ada dalam mengatasi kekangan – kekangan itu

CoRT 1 & meta kognitif.

Fokus : Penyelesaian masalah kendiri.
CoRT1
Kegunaan
Contoh kognitif
PMI
Untuk menangani idea dari segi kelebihan, kekurangan dan keistimewaan
Pilih lembaran pengurusan grafik yang sesuai untuk melihat masalah itu dari pelbagai perspektif.
CAF
Mengambil kira semua faktor yang terlibat
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kita tidak bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan akademik ?
C&S
Meramalkan kesan dan akibat yang berturutan
Apakah kesan yang timbul jika saya memilih untuk menghafal berbanding dengan memahamkan fakta- fakta penting dalam tajuk hakisan dan luluhawa ?
AGO
Tujuan, matlamat dan objektif
Apakah objektif saya semasa belajar teknik-teknik belajar yang betul ?
FIP
Memberi keutamaan kepada yang terpenting
Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan dalam menyelesaikan kekangan masa belajar di rumah ?
OPV
Mendapatkan pandangan orang lain
Apakah pendapat anda cara penyelesaian masalah saya ini berkesan selepas dilaksanakan ?
APS
Pilihan-pilihan dan kemungkinan
Apakah pilihan yang ada untuk saya membaiki kelemahan saya dalam pelajaran ?

CoRT 1 & meta kognitif.

Fokus : Persekitaran.
CoRT1
Kegunaan
Contoh kognitif
PMI
Untuk menangani idea dari segi kelebihan, kekurangan dan keistimewaan Malaysia melaksana program gunasama basikal secara percuma dan dimiliki kerajaan.
Malaysia melaksana program gunasama basikal secara percuma dan dimiliki kerajaan. Anda mengguna basikal dan meninggalkannya untuk digunakan oleh orang lain pula.
CAF
Mengambil kira semua faktor yang terlibat
Keluarga anda meilih satu tempat untuk berkelah. Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira untuk pergi ke percutian tersebut ?
C&S
Meramalkan kesan dan akibat yang berturutan
Beberapa negara menggunakan tol untuk lebuhraya. Apakah alternatif lain kepada pengguna untuk menjelaskan bayaran selain dari tol yang digunakan ?
AGO
Tujuan, matlamat dan objektif
Apakah objektif saya semasa belajar teknik-teknik belajar yang betul ?
FIP
Memberi keutamaan kepada yang terpenting
Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan dalam menyelesaikan kekangan masa belajar di rumah ?
OPV
Mendapatkan pandangan orang lain
Apakah pendapat anda cara penyelesaian masalah saya ini berkesan selepas dilaksanakan ?
APS
Pilihan-pilihan dan kemungkinan
Apakah pilihan yang ada untuk saya membaiki kelemahan saya dalam pelajaran ?


Penggunaan CoRT1 dalam proses P&P.

OPV.

Contoh penggunaan OPV dalam proses P&P.

Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan
Kaedah : Lakonan
Isu : Pak Mat telah menemui seekor anak dugong yang baru dilahirkan dan sesat di dalam laut. Ibu dugong itu
tidak ditemui. Oleh kerana belas kasihan dan bimbing anak dugong itu akan mati kerana tidak tahu mencari
makan sendiri dan serangan pemangsa lain di laut, Pak Mat memeliharanya dan diberi nama Si Tenang.
Bagaimanapun Pak Mat terpaksa melepaskannya ke laut kerana undang - undang negara.
Pelakon : Pak Mat, isteri Pak Mat, pegawai daerah, pegawai perhililitan, pegawai perikanan, pelancong, penduduk
kampung, jurukamera, wartawan, dll.
Panduan : Apabila murid / pelajar melakonkan, dialog-dialog yang diucapkan merupakan pendapat orang lain.


PMI.

Contoh penggunaan PMI dalam proses P&P.

Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Sains Sosial / SRT
Kaedah : Sumbangsaran
Isu : Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya yang terkenal dengan sampah-sarapnya. Ramai
penduduk, kakitangan wam dan terutamanya penduduk kawasan setinggan membuang sampah ke dalam sungai.
Panduan : Murid / pelajar akan membincangkannya dalam kumpulan masing-masing. Mereka mencari ikhtiar bagaimana
untuk menangani isu ini. Satu kaedah yang ditemui akan disumbangsarankan . Cari perkara baik, buruk dan
menarik daripada kaedah yang dipilih tadi.


CAF

Contoh penggunaan CAF dalam proses P&P.

Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Sains
Kaedah : Permainan kecil
Isu : Sebuah kemalangan telah berlaku. Saksi tunggal dalam kemalangan itu adalah seorang muda yang cuma tahu
menggunakan dua perkataan iaitu “ya’ dan ‘tidak’ . Maklumat lanjut terpaksa dicari sendiri oleh murid /
pelajar lain. Murid / pelajar lain perlulah bertanya dan menyiasat daripada saksi tadi.
Panduan : Seorang murid / pelajar (juga dibantu oleh guru) akan mencatat semua pertanyaan yang diajukan.
Semua soalan berkaitan dengan faktor-faktor kemalangan yang diterbitkan oleh setiap murid / pelajar yang
bertanya tadi adalah faktor-faktor penting dalam mana-mana kemalangan lain di seluruh negara. Soalan -
soalan yang dikumpulkan dan dicatatkan ini akan dibentangkan semula kepada murid / pelajar selepas
permainan ini selesai.


APC.

Contoh penggunaan APC dalam proses P&P.

Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Kemahiran Hidup
Kaedah : Lakonan
Isu : Pak Mat telah menemui seekor anak dugong yang baru dilahirkan dan sesat di dalam laut. Ibu dugong itu tidak
ditemui. Oleh kerana belas kasihan dan bimbing anak dugong itu akan mati kerana tidak tahu mencari makan
sendiri dan serangan pemangsa lain di laut, Pak Mat memeliharanya dan diberi nama Si Tenang.
Bagaimanapun Pak Mat terpaksa melepaskannya ke laut kerana undang - undang negara.
Pelakon : Pak Mat, isteri Pak Mat, pegawai daerah, pegawai perhililitan, pegawai perikanan, pelancong, penduduk
kampung, jurukamera, wartawan, dll.
Panduan : Apabila murid / pelajar melakonkan, dialog-dialog yang diucapkan merupakan pendapat orang lain.


FIP.

Contoh penggunaan FIP dalam proses P&P.

Matapelajaran : Ekonomi Rumah Tangga / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris
Kaedah : Amali / simulasi
Isu : Sebuah keluarga ingin memasak sejenis makanan yang tidak pernah mereka masak sendiri. Mereka
ingin mencuba memasaknya sendiri. Mereka menggunakan resepi yang ada dalam simpanan mereka sebagai
rujukan bagi menyediakan makanan tersebut.
Bahan : buku masakan / resepi masakan

Panduan : FIP disebatikan dalam pengajaran mengikut kesesuaian kaedah dan kebolehan murid / pelajar - pelajar.


APC.

Contoh penggunaan APC dalam proses P&P.

Matapelajaran : Geografi / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Kajian Tempatan
Kaedah : Mencari maklumat / inkuiri penemuan / kemahiran belajar
Isu : Malaysia yang terlalu maju dalam perindustrian tidak mencukupi sumber tenaga. Bagi mendapatkan sumber
tenaga yang mampu menggerakkan industri dan tanggung jawab sosialnya, kerajaan terpaksa mencari dan
mendapatkan sumber tenaga bagi tujuan tersebut.
Pendekatan : Penggunaan perpustakaan, bahan buku rujukan dan bukan buku, borang Lembaran Pengurusan Grafik dll.
Kaedah : Murid - murid dan pelajar diberi peluang untuk mencari maklumat dari perpustakaan, menggunakan
kemahiran penggunaan perpustakaan, kemahiran mencari dan mengendali maklumat, kemahiran belajar ;
juga inkuiri penemuan .


C&S.

Contoh penggunaan C&S dalam proses P&P.

Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris
Kaedah : Konsentrasi
Bahan : Radio perakam, pita rakaman (muzik lembut, instrumental)
Isu : Suatu kebakaran telah berlaku. Banyak insiden / episod dapat diperhatikan.
Pendekatan : Murid-murid / pelajar akan melalui proses konsentrasi, membuat catatan atau pelbagai pendekatan lain yang
difikirkan lebih sesuai.


Senerio hari ini.

“…….perlu segera habis sukatan.”
“…… peperiksaan lebih penting.”
“….. .semua pihak bertanya tentang kejayaan dalam peperiksaan.”
“…....pelajar terpaksa disuapkan ( diberikan ) sebanyak mungkin maklumat.”
“…….pelajar kurang persediaan.”
“…….cukuplah sekadar yang ada.”
“…….terlalu banyak kekangan / masalah.”
“.......malas nak berfikir bagaimana nak rancang KBKK.”

Ke mana tuju hala kita ?

Sebilangan orang belajar seumur hidupnya dan bila mereka meninggal mereka telah belajar semua perkara kecuali untuk
memikir
- Domerque -

Pemikiran tidak boleh mengganti-kan maklumat (ilmu), dan maklu-mat tidak boleh menggantikan pemikiran. Kedua - duanya
diperlukan untuk perkembangan intelek.
- Edward de Bono -

Mengapa kemahiran berfikir ?

“…..mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, ….”
- Falsafah Pendidikan Negara -

“…..mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif ….”
- Objektif KBSM -

“…..untuk mencapai hasrat Wawasan …..”
- Wawasan 2020 -

Prinsip mengajar berintegrasikan KBKK Merentasi Kurikulum.

1. Gunakan pendekatan yang mudah dan menarik
2. Gunakan pelabagai kaedah. Ini termasuk :
- permainan,
- simulasi
- lakonan
- mimik
- monolog
- dialog
- nyanyian.

Apakah strategi dan kesepaduan Penyebatian KBKK dalam P&P ?

1. Pendekatan bersepadu – penggunaan *Menu PSS
2. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
3. Aktiviti seronok & menarik
4. Kaedah yang mengembangkan intelek
5. Persediaan murid dan guru

Apakah peranan KBKK dalam P&P ?

1. Mengembangkan isi pelajaran
2. Merangsang aktiviti guru dan murid

Bahan Bantu Mengajar yang baik untuk KBKK.

- mudah dibina, mudah diguna, mudah disimpan, mudah alih.
- maklumatnya jelas
- kesepaduan BBM dan alat KBKK
- menjurus kepada objektif pengajaran dan pembelajaran
- murah, tahan dan menarik
- selamat BBM, selamat pengguna


Kemahiran berfikir dan perpustakaan.

Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dibantu dengan penggunaan perpustakaan untuk:
- menentukan maklumat, skop, jenis dan sumber
- mencari maklumat
- menggunakan maklumat, kemahiran dan teknik belajar, kaedah, teknologi
- mencatat maklumat
- melapor maklumat, berkomunikasi
- menilai stategi, kemahiran, pengalaman dan kepuasan.

Stail mengajar dengan integrasi KBKK.

1. Patut dilakukan :
- Mudah dan seronok
- Jelas dengan apa yang sedang dilakukan

2. Elakkan :
- Kekaburan
- Menggunakan masa latihan yang terlalu panjang
- Kaitan dengan fokus yang sedang dibuat
3. Galakkan :
- Beralih ke Kem. Berfikir yang lain walaupun yang sedang dijalankan itu menarik dan memberangsangkan
- Bebas, fikiran dibuka dan terbuka
4. Disiplin :
- Masa tepat dan cepat
- Fokus tajuk sahaja supaya tidak terbias.

Contoh kaedah permainan (Permainan Berfikir 10 Minit).

Dua orang pemain A dan B.
A : Kucing.
B : Keluarga kucing di dalam hutan.
A : Keluarga kucing di dalam hutan adalah harimau. Harimau semakin pupus. Bagaimana untuk mengekalkan spesis ini ?
B : Harimau diburu oleh pemburu. Bagaimana kalau memburu harimau diharamkan. Taman Rimba Rimau diwujudkan.
A : Menariknya, tiada lagi pembunuhan harimau. Buruknya, harimau dari Taman Rimba Rimau mungkin mengancam manusia
dan ternakan. Menariknya, pastikah semua harimau tidak akan keluar dari Taman Rimba Rimau ?
B : Terdapat harimau dari Taman Rimba Rimau membunuh manusia.
A : Kalau ingin tambahan populasi harimau, kita perlu menternak harimau dan kemudian melepaskannya ke dalam hutan.
B : Menariknya, kita boleh menternak harimau yang bermutu sahaja. Buruknya, bilangan populasinya membiak perlahan.
Menariknya, harimau ternakan boleh dilatih supaya menjauhi manusia sebelum dilepaskan semula ke dalam hutan.
A : Harimau betina boleh ditangkap, diberi suntikan hormon penyubur dan kemudian dilepaskan semula. Ini menambahkan
pesat populasi pembiakannya.